Tuesday, 1 July 2014

CARTA ORGANISASI


SEJARAH PENUBUHAN

Ditubuhkan pada Jan 2001. Guru pertama yang menerajui Kelas Pendidikan Khas SK Seri Timbul adalah En. Mohd Yadillah Bin Zakaria sehingga kini beliau masih lagi berkhidmat di sini. Pada mulanya hanya 3 orang murid bermasalah pembelajaran ditempatkan di kelas ini. Kini PPKI SK Seri Timbul telah mempunyai 11 orang murid, 3 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid P.Khas bagi menjayakan objektif sebenar P.Khas Integrasi.

Sunday, 22 June 2014

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


Diubah suai berdasarkan:

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

Bahagian II Para 4:

“ Dalam melaksanakan kurikulum
pendidikan khas,
guru-guru boleh mengubah suai
kaedah atau teknik pengajaran
atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas.”

Dibuat 30 Disember 1997
[KP(PPU)S 10075/07/1/Jld.II;PN.(PU2)569]
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

::   Menggunakan kemahiran sedia ada dan berketrampilan kearah kehidupan bekerjaya

::   Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

::   Meperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berinteraksi dan
Bersosial.

::   Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian

::   Memahami perkembangan jasmani dan mengusai kemahiran 
Psikomotor.

::   Mempunyai daya kreativiti dan estetika yang tinggi untuk menghargai   keindahan alam berserta dengan warisan budaya

::   Bersedia untuk mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan berkomunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

VISI, MISI, MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

VISI

 Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

 Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

 MATLAMAT

 Berusaha melahirkan individu yang berilmu, berkhemah tinggi dari segi rohani dan memberi sumbangan positif kearah kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan kemakmuran negara.



Saturday, 14 June 2014

Tahniah Nur Syafiqah Ali bt Mohd Ali

Mewakili Daerah Batu Pahat ke peringkat Negeri Johor dalam pertandingan Pentanque.